Hi guys! this is my first attempt of writing a love story after almost 7 years didnt write any story or karangan or whatever.. i juz wanna share, if u dun like it, then its up to u.. if u wanna comment, pls comment at the box on ur right. hehehe.. SELAMAT MEMBACA!
Ailea merenung ke halaman balkoni apartmentnya. Sudah hampir 5 bulan dia berada di Kota Paris. Luka di hatinya masih belum sembuh sepenuhnya. Dia masih takut untuk menerima hakikat tentang perasaannya terhadap Sean. Seringkali perasaanya itu mengganggu fikirannya. Ailea merasa takut untuk menerima cinta di dalam hidupnya lagi. Dia masih ingat Kurt yang merupakan cinta pertamanya dan Anthony yang di sangka cinta terakhirnya dan saat itu juga luka di hatinya kembali terasa. Matanya berkaca, hatinya sayu mengenangkan kisah hidupnya. "Saya sayangkan awak." Begitulah kata Sean kepada Ailea. Ailea sangat gembira dengan kata-kata itu tetapi dalam masa yang sama dia takut dengan ucapan itu. Ucapan sama telah di ucapkan oleh Kurt dan Anthony tetapi mereka tetap pergi meninggalkan Ailea setelah Ailea memberi sepenuh cintanya kepada mereka. "Semua orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku." Ailea berfikir sendiri. Dia takut untuk mengambil risiko jatuh cinta lagi kerana khuatir akan di tinggalkan lagi. Dia sudah tidak sanggup menerima luka yang berkali-kali di hatinya. Dia tersenyum. Sean telah membawa senyuman di dalam hidupya lagi. Dia sedar bahawa dia mempunyai perasaan sama seperti Sean tetapi dia sangat takut untuk memerima hakikat itu. Dia cuba menafikan perasaanya tetapi dia merasa menipu dirinya sendiri. Dia menghirup hazelnut latte kegemarannya dengan perlahan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. - BERSAMBUNG-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.