Sunday, February 12, 2012

Al- fatihah kpd UNCLE AAN ( penyanyi lagu CINTA MELANKOLIA)

Salam.. Terlebih dahulu marilah sama2 kita sedekahkan Al-fatihah kpd arwah Aan Sulaiman Palestin yg sy panggil sebagai Uncle Aan.. Dia telah pergi meninggalkan kita semua pada pagi 12/2/2012.. Walaupun sy mengenali arwah sejak Disember 2011, lebih kurang sebulan lebih mengenali arwah, kesedihan tetap di rasa kerana sy membuat persembahan bersama2 dgnnya selama 3 minggu di revolving restaurant, menara KL.. selama tempoh 3 mggu tersebut hari2 sy berjumpa arwah dan tumpang kereta arwah ke menara kl kerana membuat persembahan sama2..dia bermain piano dan sy menyanyi.. Dia merupakan seorang pianist dan penyanyi yg amat hebat sehingga mat saleh customer restaurant tu pun semuanya suka dgn persembahannya.. Sepanjang tempoh perkenalan singkat itu Uncle Aan sgt baik orgnya dan byk memberi kata2 nasihat kpd sy dan memberi ilmu nyanyian dan tip2 nyanyian kpd sy yg amat berharga bg sy.. Kerana itu sy merasa sayu apabila mengetahui berita kehilangannya pagi tadi oleh kak amylea af3.. sy berharap ahli keluarganya, Aunty Faridah dan Kak Billy tabah menghadapi ujianNya.. Akan sy ingat nasihatnya sehingga akhir hayat InsyaAllah.. Antara kata2nya yg sy xboleh lupa adalah, "menyanyilah dr hati dan dgn ikhlas, jgn peduli kn ape org nk kata" :( Uncle Aan merupakan ex kumpulan heavy machines dan headwind dan juga penyanyi lagu CINTA MELANKOLIA.. sy amat meminati lagu itu sebelum sy kenal dgn arwah lg.. Bersyukur pd Allah ditemukan dgn arwah yg sy anggap spt bapa sy yg byk beri nasihat walaupun hanya 3 mggu pertemuan.. Selepas ini tak akan dpt melihatnya lagi, hanya kenangan dan kata2 nya menjadi ingatan..TERIMA KASIH UNCLE AAN.. al-fatihah.. ALLAH LEBIH MENYAYANGINYA..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.